Padah ubah suai ekzos, lapan kenderaan kena angkut ke balai

Pemeriksaan anggota trafik ke atas motosikal dalam operasi yang dijalankan di Taman Medan yang dijalankan selama dua hari bermula Khamis.
Pemeriksaan anggota trafik ke atas motosikal dalam operasi yang dijalankan di Taman Medan yang dijalankan selama dua hari bermula Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak lapan kenderaan disita dalam satu Operasi Cegah Samseng Jalanan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di Taman Medan pada Khamis dan Jumaat.

Polis Daerah Petaling Jaya menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, kesemua kenderaan disita itu dikesan melakukan kesalahan mengubah suai ekzos.

Menurut kenyataan itu, operasi diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya, Deputi Superintenden Mohd Ayob Abu dijalankan susulan menerima aduan daripada orang awam awam.

"Penduduk di kawasan itu memaklumkan terganggu dengan aktiviti merempit dan ekzos bising.

"Sejumlah 166 saman dikeluarkan atas kesalahan ubah suai ekzos dan 257 saman untuk pelbagai kesalahan lain," menurut kenyataan di Facebook itu pada Jumaat.

Kata kenyataan itu lagi, operasi tersebut akan diteruskan secara berkala bagi membendung kesalahan tersebut daripada berulang.

"Operasi ini diharap memberi kesedaran kepada semua pemandu dan penunggang di Petaling Jaya khususnya penduduk Taman Medan untuk mematuhi undang-undang lalu lintas ditetapkan," katanya kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: