X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Kapal selam nuklear AS langgar objek di Laut China Selatan

Menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan pada Khamis, kapal selam USS Connecticut masih dalam keadaan selamat dan stabil. Foto - Brett Cote / US Navy
A
A

SEBUAH kapal selam bertenaga nuklear milik Tentera Amerika Syarikat (AS) terlanggar sesuatu objek tidak dikenali di Laut China Selatan pada 2 Oktober lalu.

Menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis, tiada kecederaan serius berlaku akibat insiden tersebut selain kapal selam tersebut masih berfungsi.

“Kapal selam serangan pantas berkelas Seawolf, USS Connecticut (SSN 22) terlanggar sesuatu objek ketika bawah air pada tengah hari 2 Oktober lalu ketika beroperasi di perairan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik,” menurut kenyataan itu.

“Keselamatan anak kapal tetap menjadi keutamaan tentera. Tiada kecederaan berlaku sehingga mengancam nyawa.”

Tambah kenyataan itu, kapal selam berkenaan masih dalam keadaan “selamat dan stabil”.

Selain itu, loji pemacu nuklear USS Connecticut juga tidak terkesan dan masih berfungsi.

Tahap kerosakan kapal itu sedang diteliti manakala siasatan penuh ke atas insiden tersebut akan dijalankan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak memperincikan lokasi insiden tersebut berlaku, serta tidak memberitahu objek apa yang dilanggar.

Memetik laporan Associated Press, dua pegawai Tentera Laut AS memberitahu bahawa insiden tersebut berlaku di Laut China Selatan ketika operasi rutin USS Connecticut sedang berlangsung.

Kapal selam itu kemudiannya menuju ke arah pelabuhan di Guam.

Akibat insiden berkenaan, dua kelasi mengalami kecederaan sederhana manakala sembilan yang lain mengalami kecederaan ringan. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!