Pemandu Lamborghini didenda, dijel, tidak boleh ambil lesen

Tertuduh dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Jumaat
Tertuduh dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Jumaat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta mewah jenis Lamborghini yang merempuh enam buah kenderaan hingga menyebabkan sebuah Proton Perdana terbalik di Jalan Tun Razak di sini pada 8 September lalu tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berusia 41 tahun berkenaan sebelum itu mengaku bersalah di atas semua pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Trafik Jalan Duta di sini pada Jumaat.

"Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda RM9,000 serta penjara wajib selama dua minggu dari tarikh ditangkap. Sekiranya gagal membayar denda akan dipenjara tambahan selama lima bulan lagi.

Sebuah Lamborghini merempuh belakang sebuah Proton Perdana hingga terbalik di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.
Sebuah Lamborghini merempuh belakang sebuah Proton Perdana hingga terbalik di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

"Tertuduh juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun dan kesalahan diendorskan pada lesen memandu serta dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada 8 September melaporkan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah Proton Perdana hingga terbalik dalam kejadian di Jalan Tun Razak menghala Bulatan Pahang di sini.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi itu, beberapa buah kenderaan yang sedang berhenti ekoran kesesakan jalan turut dilanggar kereta mewah berkenaan.

Artikel Berkaitan: