Bot terbalik: Kru warga Indonesia dikhuatiri lemas

Operasi carilamat mangsa digerakkan merangkumi keluasan 143.4 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Kuala Selangor.
Operasi carilamat mangsa digerakkan merangkumi keluasan 143.4 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang kru bot nelayan Kelas A warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama tekong dan seorang lagi kru terbalik kira-kira 13.6 batu nautika barat daya Kuala Selangor pada Rabu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata, mangsa berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Sutri dilaporkan jatuh apabila bot mereka dilambung ombak dan terbalik di lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, tekong dan seorang kru bot berjaya menyelamatkan diri.

"Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dikoordinasikan Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru disambung pada jam 7 pagi Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Rosli berkata, selain itu, usaha pencarian dilakukan dengan mengatur gerak bot Maritim Pengawal 26 dan aset udara Maritim dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Jelas beliau, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga ditubuhkan di jeti LKIM Kuala Selangor.

Kata beliau, operasi carilamat pada Jumaat merangkumi keluasan 143.4 batu nautika persegi dengan tertumpu di kawasan perairan Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan: