'Henti politikkan kenyataan berbaur rasis'

Ti Lian Ker
Ti Lian Ker
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu berhenti mempolitikkan insiden seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap atlet badminton negara baru-baru ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, perbuatan individu tersebut tidak mencerminkan pendirian sesebuah parti atau kumpulan tertentu.

"Janganlah kita mempolitikkan satu insiden semata-mata untuk menyemarakkan lagi api kemarahan.

"Apa yang penting ialah kita harus mengambil teladan bahawa rakyat Malaysia, Keluarga Malaysia tidak akan membenarkan perkara itu berlaku lagi," katanya dalam sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan P Prabakaran (PH-Batu) yang mahukan supaya warna kulit tidak dibangkitkan dalam bidang sukan kerana kualiti atlet paling utama.

Pada awal bulan ini, tular di media sosial satu hantaran yang didakwa berbaur perkauman ditulis pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap pemain badminton perseorangan negara, S Kisona selepas pemain itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.

Hantaran Facebook itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada pelayar laman sosial negara ini termasuk kecaman daripada Persatuan Badminton Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit.

Artikel Berkaitan: