'Jangan pertikai pembubaran DUN Melaka'

Mohamad Ali
Mohamad Ali
A
A
A

MELAKA - Keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak wajar dipersoalkan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, surat pembubaran DUN telah dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam sebelum sidang akhbar empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

"Permohonan Pembubaran DUN oleh Ketua Menteri berlaku sebelum pengumuman dibuat oleh empat individu tersebut.

Ia juga bertepatan dengan Perlembagaan Negeri.

"Saya melihat tidak ada cacat dalam isu ini dan ia mengikut urutan masa yang ditentukan susulan Tun Mohd Ali bersetuju untuk membubarkan DUN.

Tindakan Tun Mohd Ali membubarkan DUN mengikut perundangan sedia ada.

Beliau seorang yang bijak dan mempunyai penasihat undang-undang untuk menentukan keadilan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di kediamannya di Klebang di sini pada malam Rabu.

Mohamad Ali juga adalah Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, Yang Dipertua DUN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof memaklumkan pembubaran DUN selepas permohonan diperakukan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam selepas empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan ke atas kerajaan negeri dan Sulaiman.

ARTIKEL BERKAITAN:15 bekas ADUN Melaka cadang menghadap Agong

ARTIKEL BERKAITAN:Pas sedia hadapi PRN Melaka

ARTIKEL BERKAITAN:Individu di sebalik jatuhnya dua kerajaan Melaka

ARTIKEL BERKAITAN:Ab Rauf akui ada bertemu pimpinan DAP