15 bekas ADUN Melaka cadang menghadap Agong

Norhizam
Norhizam
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seramai 15 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka bercadang ke Istana Negara bagi mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam masa terdekat.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, bekas wakil rakyat terdiri daripada ADUN Bebas dan Pakatan Harapan (PH) itu sebulat surat membuat keputusan berkenaan bagi menyelesaikan krisis politik negeri yang belum menemui titik noktah.

Katanya, usaha itu sekali gus mahu mendapatkan keadilan dalam menyelesaikan polemik yang melanda Melaka setelah Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara mengejut mengumumkan pembubaran DUN Melaka pada Selasa.

"Maka cadangan ini telah dipersetujui semua pihak dan kami akan bertolak ke Istana Negara esok dengan menaiki bas," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, PH Melaka menyifatkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam didakwa bertindak secara terburu-buru mengumumkan proklamasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Adly Zahari berkata, tindakan itu tidak wajar kerana ia perlu melihat pandangan majoriti daripada ADUN yang tidak bersama kerajaan. Ends#

Artikel Berkaitan: