Tiga maut helikopter tentera terhempas di Tunisia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TUNIS - Sekurang-kurangnya tiga askar terbunuh selepas sebuah helikopter tentera terhempas di Gabes, tenggara Tunisia, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Tunisia, Mohamed Zekri berkata, anggota tentera itu maut dalam nahas helikopter di daerah El Hamma.

Pasukan teknikal tentera telah dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat punca nahas, tambah Zekri. - Bernama

Artikel Berkaitan: