SOP pengendalian senjata elemen utama siasatan insiden tembakan

Ikmal Hisham
Ikmal Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian dan pengurusan senjata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjadi elemen utama diberi perhatian dalam siasatan berkaitan insiden tembakan yang mengorbankan empat anggota TUDM di kem TUDM, Kota Samarahan pada 13 Ogos lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, siasatan pihak TUDM dijalankan oleh Lembaga Siasatan TUDM, selain siasatan yang masih dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Insiden ini melibatkan anggota pertahanan darat TUDM yang berfungsi sebagai polis tentera dalam perkhidmatan tentera udara. Sudah pastinya tugas-tugas anggota ini untuk mengawal keselamatan pengkalan dengan menggunakan senjata api.

“Namun demikian, insiden ini adalah kes terpencil kerana penggunaan senjata api tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan insiden ini adalah tidak dijangka.

“Kami akan melihat semula berkaitan ini (SOP penggunaan senjata) selepas Lembaga Siasatan TUDM selesai menjalankan siasatan.

“Antara elemen penting siasatan adalah menambah baik atau mengemas kini SOP bagi pengendalian dan pengurusan senjata TUDM. Insya-ALLAH Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad sendiri akan memaklumkan hasil siasatan berkenaan,” katanya ketika Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang mahu tahu langkah khas daripada kementerian untuk memastikan insiden tersebut tidak berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, pembayaran pencen orang tanggungan kesemua mangsa terlibat dengan insiden berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan lembaga penentuan sebab oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Kesihatan dan laporan akhir siasatan PDRM.

Artikel Berkaitan:

“Pada 13 Ogos lalu, Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad sendiri bertemu ahli keluarga mangsa dan telah menyampaikan sumbangan awal kematian melibatkan belanja pengebumian, sumbangan kematian, kebajikan TUDM serta sumbangan derma tanggungan daripada tabung kebajikan anggota tentera.

“Selain itu, markas ATM bahagian perkhidmatan anggota, bahagian rekod dan pencen telah selesai memproses dokumentasi pencen terbitan, ganjaran terbitan dan faedah gentian cuti rehat melibatkan orang tanggungan keempat-empat anggota berkenaan.

“Selain itu, kerjasama juga sedang dilakukan dengan koperasi tabung angkatan tentera mengenai semakan pembayaran kepada ahli keluarga melibatkan caruman dan simpanan telah dibuat oleh anggota TUDM berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka,” jelas belia