UMNO dan Pas di Selangor kukuhkan MN hadapi PRU15

Noh (barisan dua dari kanan) mewakili UMNO dan Ahmad Yunus (barisan dua dari kiri) mewakili Pas Selangor hadir pada mesyuarat MN yang berlangsung, pada Selasa.
Noh (barisan dua dari kanan) mewakili UMNO dan Ahmad Yunus (barisan dua dari kiri) mewakili Pas Selangor hadir pada mesyuarat MN yang berlangsung, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO dan Pas di Selangor akan terus mempertahankan dan mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) sebagai persediaan untuk mengambil alih kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Yang Dipertua Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menerusi kenyataan bersama berkata, perkara itu dicapai ketika mesyuarat MN pada Selasa.

Mereka berkata, mesyuarat bersetuju untuk terus memperkasakan dan mengukuhkan lagi hubungan UMNO dan Pas di semua peringkat di negeri ini atas platform MN.

"Aktiviti dan program bersama atas nama MN akan terus dirancakkan bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua parti di Selangor," kata mereka menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Menurut mereka, MN Selangor akan bergerak aktif turun ke lapangan bagi bertemu rakyat untuk meyakinkan mereka agar melakukan perubahan pada PRU15.

"(Program bertemu rakyat) ini dilakukan untuk memastikan nasib dan masa depan rakyat lebih baik, terbela dan sejahtera," kata mereka.

Tambah mereka, MN Selangor memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan 'Keluarga Malaysia' pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"(MN Selangor) akan berkerja keras bagi memastikan agenda Keluarga Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri itu akan diterima baik rakyat negeri ini dengan harapan ia juga akan turut terlaksana di negeri ini," kata mereka.

Artikel Berkaitan: