Lebih jimat tempah tiket penerbangan hari Ahad

A
A

HARGA Perjalanan 2019, mendedahkan hasil analisis terkini daripada data penerbangan dunia, Airlines Reporting Corporation (ARC) dan trend penginapan oleh Kumpulan Expedia, memberitahu betapa pentingnya faktor masa untuk menikmati atau memperoleh penjimatan yang secukupnya dalam pelan pelancongan seseorang.

Laporan itu turut mendedahkan trend celik pelancongan di mana rakyat Malaysia boleh menggunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.

Berikut ialah tip-tip penjimatan dalam perjalanan yang berasaskan faktor masa untuk pelancong Malaysia:

1. Tempah pelancongan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.

2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi dan Premium/Bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%. 3. Jimat lebih dari 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.

4. Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas Premium/Bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.

5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu anda jika bermula dari hari Rabu, untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan, kadang-kadang lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.

Pengarah Urusan Data Sains di ARC, Chuck Thackston, mengatakan bahawa kira-kira tiga suku perjalanan, penjimatan boleh-ukur dapat diperoleh pelancong yang melanjutkan perjalanan pada hari bekerja mereka dengan menambah satu hari penginapan pada malam Sabtu.

“Pemain-pemain industri telah membincangkan mengenai bleisure (perniagaan + masa lapang) sejak kebelakangan ini, tetapi kami telah dapat mengira jumlah penjimatan sebenarnya bagi para pelancong yang menggunakan konsep ini. Ia adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang suka melancong dan mereka seharusnya menggunakan konsep ini dalam rancangan perjalanan mereka," kata Thackston.

Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Kongsi Pengangkutan Asia Pasifik, Kumpulan Expedia, James Marshall berkata, bagi penjimatan tiket penerbangan, menempah lebih awal dan mengambil kesempatan melalui cara-cara unik yang lain bagi penjimatan perjalanan dengan menggunakan Expedia, akan dapat membantu orang ramai melancong pada kadar lebih murah.

Menerusi inventori Kumpulan Expedia lebih daripada 1 juta hartanah yang ditawarkan, rakyat Malaysia boleh mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi menempah tiket penerbangan dan hotel mereka melalui Expedia.com.my, yang membolehkan mereka memperoleh penjimatan hotel yang lebih baik.

Antara tambang asas dan kabin ekonomi

Walaupun pelancong boleh menjimatkan wang dengan membuat tempahan tambang asas (iaitu, tambang dengan tempat duduk sahaja, tiada beg dan kemungkinan halangan yang lain), ia amat berbaloi untuk memilih dengan lebih teliti. Sekiranya beg ditambah kepada tambang asas, jumlah kos perjalanan hampir melebihi harga ekonomi lain (iaitu, jika beg dimasukkan dalam kos tiket).

Antara penerbangan terus atau penerbangan tanpa henti

“Kami mengambil kira penerbangan terus berbanding penerbangan sambungan untuk menafikan tanggapan bahawa penerbangan terus sentiasa lebih mahal.

"Kesimpulannya: Tidak betul. Banyak faktor lain yang diambil kira apabila syarikat-syarikat penerbangan menetapkan kadar tambang, jadi masa untuk penerbangan sambungan dan faktor kemudahan lain perlu dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan mengenai penerbangan terbaik untuk perjalanan anda," kata Thackston.

Adakah pelancong perlu menangguhkan tempahan pelancongan jika harga minyak meningkat? Jawapannya tidak. Apabila harga minyak dan/atau harga bahan api syarikat penerbangan udara meningkat, pelancong tidak perlu menangguhkan tempahan perjalanan mereka berdasarkan tanggapan bahawa tambang perjalanan mereka akan turut meningkat.

Membandingkan harga komoditi dan trend harga tiket purata (ATP) selama beberapa tahun menunjukkan bahawa beberapa hari atau minggu selepas lonjakan harga komoditi sebenarnya boleh menjadi penentu kos paling efektif untuk menempah tiket penerbangan, kerana sebarang kesan kenaikan dan penurunan harga yang mungkin berlaku pada ATP, akan lebih cenderung terjadi dalam tempoh yang panjang.

#Sihataktif #Jomrelaks