Permit polis rentas daerah di Sarawak tidak perlu mulai esok

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Permit polis bagi pergerakan rentas daerah di Sarawak tidak diperlukan berkuat kuasa pada Rabu, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Selasa.

Bagaimanapun, JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan permit polis untuk pergerakan rentas negeri masih diperlukan.

“Aktiviti kunjung-mengunjung adalah tidak digalakkan dan orang ramai perlu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi kerana kita sekarang masih dalam fasa memerangi Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan keluar dari rumah buat masa ini dan sekiranya perlu, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi dan wajib mematuhi protokol-protokol kesihatan yang ditetapkan.

Sementara itu, hanya 21 daripada 1,361 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Selasa melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Baki 1,340 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 218,126.

Selain itu, Sarawak pada Selasa melaporkan 16 kes kematian yang direkodkan dari 24 September hingga 4 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: