Mana ibu kandung Sharifa Mussah Derwisa Abdullah?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang memohon kerjasama orang ramai dalam mengesan waris atau ibu kandung kepada seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

Difahamkan kanak-kanak ini yang dikenali sebagai Sharifa Mussah Derwisa Abdullah dijumpai oleh orang awam di dalam keadaan kotor dan tidak terurus pada 8 April 2015.

Menurut satu kenyataan, JKM Klang berkata kanak-kanak ini kemudiannya dirujuk kepada pihaknya setelah ditemui.

"Ketika dijumpai kanak-kanak berusia 1 tahun 3 bulan dan JKM berusaha mengesan ibu kandung dan akhirnya ibu kandung hadir ke pejabat JKM dengan membawa salinan sijil

lahir kanak-kanak dan mengakui bahawa kanak-kanak ini adalah anak kandungnya sendiri.

"JKM kemudiannya telah mengesan sebuah keluarga yang merupakan keluarga angkat kepada ibu kandung kanak-kanak dan keluarga angkat ini telah bersetuju untuk menjaga kanak-kanak ini," katanya.

Katanya, pada 30 Julai tahun lalu, Mahkamah Kanak-kanak Klang telah memerintahkan agar kanak-kanak ini diletakkan bawah pemeliharaan Orang Yang Layak Dan Sesuai iaitu keluarga angkat ini.

"Namun pada awal Oktober 2015, ibu kandung hadir ke rumah keluarga angkat yang memelihara anaknya ini dan membawa keluar anaknya tanpa pengetahuan keluarga angkat ini.

Artikel Berkaitan:

"Namun pada 24 Oktober 2015, ibunya telah membawa kanak-kanak ini ke Hospital Klang kerana demam campak, namun setelah kanak-kanak ini dimasukkan ke wad, ibu kandungnya telah menghilangkan diri sehingga ke hari ini," katanya.

Jelasnya, kanak-kanak ini kemudiannya telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Klang untuk ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur mulai 17 Disember 2015 selama tiga tahun.

"Kini perintah mahkamah ini telah tamat, pihak JKM sedang mengesan ibu kandung kanak-kanak ini yang bernama Sharifa Aliza Arshad.

Alamat terakhirnya di Bandar Sri Alam, Masai, Johor, namun hasil dari siasatan JKM, rumah ini dihuni oleh penghuni lain yang tidak mengenali ibu kandung kanak-kanak ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris atau ibu kepada kanak-kanak ini diharap dapat menghubungi Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Klang Noor Adelin Nordin di talian 03-3341 3703 atau 03-3341 3821.