Budak hilang di Langkawi: Suami isteri ditahan

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah jagaan mereka.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan di Ampang dan dibawa pulang ke Langkawi untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua suspek ditahan di sebuah inap desa di Ampang pada 4 petang semalam," katanya, dalam satu kenyataan media.

Mohd Iqbal berkata, bagaimanapun kanak-kanak itu tidak ditemui bersama pasangan terbabit dalam rumah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang selepas hubungan cinta terbongkar

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan Nur Aisyah Aleya Abdullah setelah ibunya, Rosmaliah Samo, pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad, selepas suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Artikel Berkaitan: