Pengawal keselamatan hilang dalam ladang

Anggota bomba dibantu polis melakukan pencarian seorang pengawal keselamatan yang hilang semasa bertugas di sebuah ladang di Kampung Ulu Remis, Layang Layang, Simpang Renggam, Kluang, pada Isnin.
Anggota bomba dibantu polis melakukan pencarian seorang pengawal keselamatan yang hilang semasa bertugas di sebuah ladang di Kampung Ulu Remis, Layang Layang, Simpang Renggam, Kluang, pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Seorang pengawal keselamatan hilang ketika bertugas dalam sebuah ladang di Kampung Ulu Remis, Layang Layang, Simpang Renggam, dekat sini malam Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Mohd Nor dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 8.45 pagi Isnin.

Susulan itu katanya, seramai sembilan anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa disedari hilang pada jam 7 malam oleh rakan setugasnya sebelum dilaporkan pagi ini.

"Mangsa, Shahrizuan Pairon, 23, merupakan pengawal keselamatan ladang tersebut. Operasi dibantu 82 anggota daripada pelbagai agensi serta penduduk tempatan.

"Sehingga kini operasi mencari masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: