Polis buka kertas siasatan kes ahli politik hina atlet badminton

Pemilik akaun Facebook itu dipercayai didakwa adalah Ketua Bersatu Pasir Puteh, Kelantan yang mana dilihat memberikan kritikan keras melibatkan bangsa atlet badminton berkenaan.
Pemilik akaun Facebook itu dipercayai didakwa adalah Ketua Bersatu Pasir Puteh, Kelantan yang mana dilihat memberikan kritikan keras melibatkan bangsa atlet badminton berkenaan.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kertas siasatan itu dibuka berdasarkan daripada laporan polis yang telah diterima pihaknya baru-baru ini.

“Perkara ini kita ada terima laporan, jadi siasatan kita akan laksanakan. Kita siasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika ditemui ketika lawatan kerja di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Koris di sini pada Isnin.

Sebelum ini, tular di media sosial satu hantaran yang didakwa berbaur perkauman ditulis pemilik akaun Facebook, Borhan Che Rahim terhadap pemain badminton perseorangan negara S Kisona selepas pemain itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.

Pemilik akaun Facebook itu dipercayai didakwa adalah Ketua Bersatu Pasir Puteh, Kelantan yang mana dilihat memberikan kritikan keras melibatkan bangsa atlet badminton berkenaan.

Hantaran Facebook itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada pelayar laman sosial negara ini termasuk kecaman daripada Persatuan Badminton Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya minta maaf, tak niat hina mana-mana kaum' - Borhanuddin

Artikel Berkaitan: