Politik Melaka: Dua wakil rakyat kerajaan didakwa buat pusingan U

A
A
A

MELAKA - Situasi politik di Melaka kembali panas apabila Pakatan Harapan (PH) negeri dijangka mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, pada Isnin.

Difahamkan sidang akhbar itu akan diketuai oleh Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew namun belum ada sebarang jemputan rasmi dikeluarkan.

Bagaimanapun, setakat ini belum kelihatan sebarang individu daripada PH negeri yang hadir sejak pengamal media mula berkumpul seawal jam 9 pagi tadi di hotel berkenaan.

Sidang akhbar itu dijadualkan berlangsung jam 10 pagi tadi namun difahamkan masih belum bermula kerana dipercayai dua wakil rakyat kerajaan yang mahu menyertai kumpulan itu difahamkan telah membuat pusingan U.

PH negeri didakwa telah mempunyai bilangan akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Artikel Berkaitan: