X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Kru Indonesia gagal sembunyi dalam bilik kemudi

Bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan ditahan di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pangkor Utara pada Jumaat.
A
A

LUMUT - Seorang kru warga Indonesia bersembunyi di bilik kemudi sebuah bot nelayan tempatan bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak dalam satu pemeriksaan di kedudukan 0.4 batu nautika timur Pangkor Utara pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam pemeriksaan sekitar jam 10.15 pagi itu, pihaknya menahan sebuah bot tempatan yang mencurigakan bagi tujuan pemeriksaan.

Menurutnya, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, kru warga asing berusia 45 tahun terbabit cuba menyembunyikan diri di bilik kemudi bot berkenaan sebelum digeledah oleh pasukan penguat kuasa Maritim.

"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan empat kru warga tempatan serta seorang kru asing dipercayai warga Indonesia.

"Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kru berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu, Sitiawan untuk siasatan serta tindakan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!