UMNO perlu turun padang, bantu mangsa tanah runtuh

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat dan meninjau kawasan tanah runtuh di Kemensah selepas selesai menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat dan meninjau kawasan tanah runtuh di Kemensah selepas selesai menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO mesti menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja prihatin kepada masalah rakyat malah sanggup turun padang bagi melihat serta membantu mangsa terlibat akibat bencana tanah runtuh di Jalan Kemensah Height.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya tidak mahu disamakan seperti pihak lain yang hanya sekadar memberi janji tetapi tidak tepati.

"Kita mesti menunjukkan bahawa kita bukan sahaja prihatin kepada permasalahan rakyat, tetapi kita sanggup turun melihat, meninjau, dan membantu setakat mana yang mampu, inilah semangat dan sikap yang ada pada kita.

"Mudah-mudahan apa yang kita sumbangkan setakat ini memberi kelegaan kepada semua mangsa terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Kemensah pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Artikel Berkaitan:

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh di Kemensah. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh di Kemensah. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib

Pada 17 September lepas, kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights itu menyebabkan 27 rumah penduduk terjejas, selain menyekat aliran sungai di bawah bukit kawasan itu daripada terus mengalir.

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, seramai 24 keluarga akan menerima bantuan bernilai RM500 sebulan untuk satu keluarga selama tiga bulan.

Menurutnya, bantuan tersebut bertujuan bagi menampung keperluan mangsa yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan buat sementara waktu.

"Dalam pada itu, kalau tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan, sudah tentu kena menyewa tempat yang lain buat sementara waktu.

"Bila menyewa, kita akan terpaksa menanggung dua bebanan iaitu bayaran ansuran rumah dan tempat baru yang kita nak menyewa buat sementara waktu.

"Jadi kita adalah sedikit dana dan ia boleh menampung keperluan mangsa terlibat untuk menyewa selama tiga bulan iaitu RM1,500 setiap keluarga," ujarnya.