Azalina dilantik Penasihat Khas PM

Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat pelantikan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Azalina Othman Said. - FB
Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat pelantikan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-undang dan Hak Asasi Manusia) kepada Azalina Othman Said. - FB
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menerusi hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Melalui hantaran itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan atas pelantikan itu

"Insya-ALLAH dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara," katanya.

Beliau menerima surat pelantikan itu daripada Ismail Sabri pada Khamis lalu.

Azalina sebelum ini meletakkan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu.

Ia selang seminggu setelah Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dan ada spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai menteri kabinet oleh Ismail Sabri.

Artikel Berkaitan: