Nasib berbeza dua kelab EPL

Rice meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Stadium London. - Foto Kredit West Ham United FC
Rice meraikan jaringan bersama rakan sepasukan di Stadium London. - Foto Kredit West Ham United FC
A
A
A

DUA nasib berbeza dialami kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United dan Leicester City dalam mengharungi perlawanan kedua saingan Liga Europa masing-masing pada Jumaat.

West Ham United kendalian David Moyes meneruskan momentum positif saingan tahap dua kelab Eropah itu apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas kelab Austria, Rapid Vienna di Stadium London.

Dua gol setiap babak daripada Declan Rice pada minit ke-29 diikuti jaringan masa kecederaan Said Benrahma sudah cukup membolehkan The Hammers mengekalkan status pendahulu Kumpulan H dengan enam mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Pada 17 September lalu, The Hammers menyingkap saingan dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab Croatia, Dinamo Zagreb di laman lawan hasil jaringan Michail Antonio minit ke-21 dan Rice (50').

Namun nasib tidak menyebelahi The Foxes kendalian Brendan Rogers apabila tewas 0-1 ketika bertandang menentang kelab Poland, Legia Warsaw.

Jaringan minit ke-31, pemain Azerbaijan, Mahir Emreli di Stadium Polish Army itu membolehkan gergasi Poland tersebut kekal menerajui saingan kumpulan dengan enam mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Leicester City pula kekal berada di kedudukan tercorot kumpulan selepas sekadar mengutip satu mata ketika melakar keputusan seri 2-2 menentang Napoli biarpun selesa mendahului dua gol di Stadium King Power itu sebelum ini.

Artikel Berkaitan: