Burung pelatuk 'ivory-billed' antara 23 spesis diisytihar pupus

Burung pelatuk spesis 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesis yang secara rasmiakan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat. - Foto Reuters
Burung pelatuk spesis 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesis yang secara rasmiakan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat. - Foto Reuters
A
A
A

BURUNG pelatuk spesis 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesis yang secara rasmi akan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat.

Pengisytiharan itu melibatkan spesis pupus paling banyak di bawah cadangan kerajaan Amerika Syarikat yang diumumkan pada Rabu.

Walaupun burung pelatuk ini dan beberapa spesis yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada senarai spesis terancam Amerika Syarikat telah pupus selama beberapa dekad, para saintis memberi amaran bahawa perubahan iklim disebabkan manusia dan kemusnahan habitat menjadikan kepupusan semakin biasa.

Setiausaha Dalam Negeri A.S, Deb Haaland berkata, dengan perubahan iklim dan kehilangan kawasan semula jadi mendorong semakin banyak spesis ke ambang kepupusan.

Katanya sekarang adalah masa untuk meningkatkan usaha proaktif, kolaboratif dan inovatif untuk menyelamatkan hidupan liar Amerika Syarikat.

Cadangan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar A.S menandakan kumpulan haiwan dan tumbuhan yang terbesar akan diserahkan secara rasmi untuk dikeluarkan di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar utama Amerika Syarikat, Akta Spesis Terancam (ESA), sejak disahkan pada tahun 1973.

Jurucakap agensi Jabatan Dalam Negeri, hanya 11 spesis yang sebelum ini disenaraikan di bawah akta tersebut telah diklasifikasikan sebagai pupus selama bertahun-tahun.

23 spesis yang kini dicadangkan untuk disenarikan terdiri daripada kelawar buah, 11 jenis burung, lapan kerang air tawar, dua jenis ikan dan tanaman berbunga dalam keluarga pudina.

Artikel Berkaitan:

Burung pelatuk spesis 'ivory-billed yang juga dikenali sebagai 'Lord God Bird' dan menjadi inspirasi kepada kartoon Woody Woodpecker itu merupakan burung pelatuk terbesar di Amerika Syarikat.

Namun pembalakan hutan yang semakin meningkat di Selatan A.S memusnahkan habitatnya.

Kali terakhir ia dilihat dan didokumenkan ialah 1944 di timur laut Louisiana.

Dalam senarai itu termasuk burung 'warbler Backman' yang dianggap salah satu burung 'nyanyian' paling jarang ditemui di Amerika.

Haiwan itu tidak pernah dilihat di hutan A.S sejak tahun 1962 dan penampakan penghirahan terakhir yang didokumentasikan adalah di Cuba pada tahun 1981.

Burung pelatuk dan warbler pertama kali disenaraikan sebagai spesis terancam pada tahun 1967 di bawah akta terdahulu ESA, Akta Pemeliharaan Spesis Terancam.

Populasi burung secara keseluruhan telah berkurangan hampir 3 bilion burung di Amerika Utara sejak tahun 1970 di tengah perubahan persekitaran yang pantas yang berkaitan dengan aktiviti manusia.

11 spesis yang diusulkan untuk diklasifikasikan sebagai pupus berasal dari Hawaii dan Kepulauan Pasifik, menjadikannya mangsa berisiko tinggi yang ditimbulkan oleh kawasan geografinya yang sangat terhad.

Perkhidmatan hidupan liar akan menerima komen orang ramai selama 60 hari akan datang dan rumusan terakhir akan diterbitkan pada 29 Disember.

Akta SpesisTerancam juga mempunyai beberapa siri kejayaan dengan 54 spesis dikeluarkan dari status perlindungan kerana berjaya dipulihkan termasuk Helang peregrine dan helang botak.

56 spesis lain telah disenaraikan di bawah amaran kepupusan kepada diancam kepupusan.

Sebanyak lebih daripada 1,600 spesis haiwan dan tumbuhan domestik kini disenaraikan. - Sumber Awani