Hutan simpan di Perak terbakar

Keadaan kebakaran di Hutan Simpan Gunung Korbu.
Keadaan kebakaran di Hutan Simpan Gunung Korbu.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Kira-kira lapan hektar kawasan Hutan Simpan Gunung Korbu dilapor terbakar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.24 pagi dan melakukan pemantauan di lokasi melalui tinjauan udara.

"Menerusi pemantauan unit udara JBPM, kita dapati keluasan kebakaran adalah 10 peratus dari kawasan hutan simpan itu, ia berlaku antara kawasan Pos Legap dan Pos Kuala Mu.

No Image Caption

"Bagaimanapun, kebakaran hutan bukit dianggarkan pada ketinggian 450 meter ini hanya melibatkan pokok buluh dan pokok renek tanpa menjejaskan pokok-pokok balak," katanya.

Menurutnya, teknik bom air akan dilaksanakan menggunakan sebuah helikopter jenis Mi171, esok.

"Pada masa ini, tempat-tempat yang dikenal pasti mengambil air dan membuat teknik bom air.

"Ia dikendalikan unit khas MUSTeam (Multi Skill Team) dengan kerjasama Pejabat Hutan Sungai Siput," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, setakat ini seramai 31 anggota bomba dibantu 18 kakitangan Jabatan Perhutanan dan dua anggota masing-masing dari Pejabat Daerah dan polis berada di lokasi untuk memantau kawasan kebakaran daripada terus merebak.

"Operasi dijangka berlarutan hingga esok petang," katanya.