Anugerah Media SPRM 2020: Sinar Harian johan kategori Media Elektronik

Sinar Harian menerusi berita eksklusif pembongkaran isu kartel daging dalam operasi khas di sebuah gudang di Senai, Johor tahun lalu dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama kategori Media Elektronik Anugerah Media SPRM 2020 pada Rabu.
Sinar Harian menerusi berita eksklusif pembongkaran isu kartel daging dalam operasi khas di sebuah gudang di Senai, Johor tahun lalu dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama kategori Media Elektronik Anugerah Media SPRM 2020 pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sinar Harian dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori Media Elektronik pada Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2020.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam majlis yang diadakan secara maya pada Rabu.

Sinar Harian menerusi wartawan Izwan Rozlin dan Muhammad Afham Ramli menampilkan berita eksklusif pembongkaran isu kartel daging dalam operasi khas di sebuah gudang di Senai Johor tahun lalu, membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai RM2,000.

Tempat kedua dan ketiga kategori berkenaan menjadi milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan masing-masing membawa pulang trofi,sijil, wang tunai RM1,500 dan RM1,000.

Kategori media cetak pula dimenangi New Straits Times (NST), manakala Utusan Malaysia mengungguli tempat kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Azam berkata, tujuan pengiktirafan ini diadakan selain sebagai tanda terima kasih ianya juga pemangkin kepada pihak media untuk terus memberi sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah oleh SPRM.

“Sepanjang tempoh penyertaan dibuka, pihak penganjur telah menerima kira-kira 20 penyertaan yang akhirnya terdapat seramai enam peserta telah disenarai pendek sebagai pemenang,” katanya.

Menurut beliau, penentuan sebagai pemenang telah diadili oleh pakar media iaitu bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya serta dipengerusikan oleh bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin.

Artikel Berkaitan: