X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Bayi maut selepas lahir dalam mangkuk tandas

Anggota bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi terbabit. - Foto ihsan Bomba Selangor
A
A

SEKINCHAN - Hasrat seorang wanita hamil tujuh bulan membuang air besar bertukar tragedi hitam apabila dia bersalin secara tanpa sengaja di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di belakang sebuah restoran di Parit 7 di sini pada Isnin.

Lebih menyayat hati apabila bayi dilahirkan wanita berusia 37 tahun itu terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang.

"Seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Norazam berkata, pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan bayi terbabit.

"Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ibu bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!