Anifah minta Tun M tunaikan janji di Sabah

Anifah dan Tun Mahathir
Anifah dan Tun Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menuntut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan janji mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

Anifah yang bekas Menteri Luar berkata, beliau secara konsisten menyatakan Kerajaan Persekutuan harus mengotakan janji antaranya pembayaran royalti petroleum .

"Saya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines pada Jumaat, 1 Mac lalu.

"Intipati utamanya ialah berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pertemuan sama, Anifah turut memberitahu Dr Mahathir pihaknya tiada halangan jika Bersatu ingin melebarkan sayapnya ke Sabah kerana ia selari dengan norma demokrasi.

"Saya akan tetap menyokong Perdana Menteri dan kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ditunaikan.

"Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menerima baik segala usul yang saya utarakan kepada beliau.

Artikel Berkaitan: