X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Lebih 10,000 belia dijangka sertai persidangan M4M

Persidangan M4M: Merapatkan Jurang Kemahiran memberi peluang kepada belia menguasai kemahiran abad ke-21 sebagai kebolehpasaran dalam menjamin peluang pekerjaan.
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 peserta dari Malaysia dan seluruh dunia dijangka menyertai program anjuran Minds for Malaysia (M4M) yang memberi peluang kepada belia untuk menguasai kemahiran abad ke-21 sebagai kebolehpasaran dalam menjamin peluang pekerjaan dan membina 'start-up'.

Menurut Pengerusi M4M, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, menariknya, program yang mengangkat tajuk M4M: Merapatkan Jurang Kemahiran itu bakal menampilkan pakar-pakar tempatan dan antarabangsa antaranya dari Jepun, New Zealand, Indonesia dan wakil daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, ia merupakan satu persidangan secara dalam talian yang terdiri daripada pakar industri, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan yang akan berkongsi pengalaman yang sangat diperlukan bagi menjamin peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian.

Persidangan M4M: Merapatkan Jurang Kemahiran bakal diadakan pada 9 Oktober ini bermula dari jam 9 pagi.

Tambah Jaziri, penganjuran M4M itu turut mendapat pengiktirafan dari kerajaan Sabah apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju untuk menyertai program tersebut.

Jaziri Alkaf Abdillah
Jaziri Alkaf Abdillah

"Ketua Menteri melihat program itu sebagai antara agenda untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik para pelajar, graduan serta belia negeri mengenai kepentingan inovasi digital dalam memupuk semangat keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, M4M turut menjalin usahasama bersama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang dipengerusikan oleh Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Menurut Len Talif, dengan kerjasama itu, TEGAS yang aktif dalam bidang inovasi digital dan keusahawanan dalam kalangan belia di Sarawak akan mewakili kerajaan negeri untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan dalam kalangan belia Sarawak.

Katanya, diharap melalui penganjuran program itu, ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama golongan pelajar, graduan dan belia dalam berhadapan cabaran mengenai keperluan menguasai kemahiran baharu serta kebolehpasaran mereka dalam menjamin peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian kelak.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!