Jangan pandang hina pada Sajat, golongan sepertinya: Mufti

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat
A
A
A

GEORGETOWN - Golongan agamawan termasuk pihak berkuasa agama Islam tidak sewajarnya memandang hina kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dan golongan sepertinya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebaliknya pihak berkenaan perlu bersimpati dengan golongan itu dan cuba membantu membimbing serta menasihati mereka semampu yang boleh.

Menurutnya, adalah menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk membantu rakan seagama sekiranya mereka tersasar daripada landasan hidup.

"Pada pandangan saya, semua umat Islam termasuk golongan agamawan dan pihak berkuasa agama Islam tidak sepatutnya memandang hina terhadap Muhammad Sajjad atau golongan sepertinya.