'Isu roboh Pasar Payang tercetus sejak zaman BN lagi'

Shahir Harun (kanan) bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim (tengah) di Pasar Payang. (Gmabr kecil: Serangan yang dilakukan di laman sosial yang mempertikaikan keputusan kerajaan Terengganu merobohkan Pasar Payang.)
Shahir Harun (kanan) bersama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim (tengah) di Pasar Payang. (Gmabr kecil: Serangan yang dilakukan di laman sosial yang mempertikaikan keputusan kerajaan Terengganu merobohkan Pasar Payang.)
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tampil menjawab spekulasi yang timbul susulan keputusan kerajaan merobohkan Pasar Payang dan menggantikan dengan struktur bangunan yang lebih selesa untuk digunakan oleh 1,000 peniaga di situ.

Shahir Harun Zahari yang merupakan peniaga di Pasar Payang berkata, beliau terpanggil untuk menjawab isu yang digembar-gemburkan di sebuah halaman Facebook mengenai tindakan merobohkan lokasi perniagaan itu di laman sosial.

Menurutnya, kemelut Pasar Payang bermula daripada cadangan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu merobohkan lokasi itu kerana didapati tidak selamat diduduki akibat struktur yang retak pada bangunan yang menempatkan barangan basah (pasar ikan).

ARTIKEL BERKAITAN Peniaga Pasar Payang akan berpindah

“Ketika itu, ada cadangan pembangunan merangkumi sebuah hotel 17 tingkat dan sebuah bangunan kondominium setinggi 17 tingkat serta pasar setinggi empat tingkat di bahagian bawah.

“Ketika itu, kami menerima surat notis perpindahan dan mengosongkan kedai sebelum 15 September 2009 tanpa ada tempat perpindahan yang disediakan.

“Sejak itu, bermulalah kemelut dan kami memulakan gerakan bantahan melalui badan bukan kerajaan Gabungan Anak Terengganu (GATE) dan melalui Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) yang diterajui Ahli Parlimen Kuala Terengganu sekarang, Ahmad Amzad Hashim,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN Pasar Payang bakal diroboh, 51 tahun penuh kenangan

Artikel Berkaitan:

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Ganti berkata, bantahan yang dilakukan bukan atas dasar tidak bersetuju dengan pembangunan, sebaliknya menentang penswastaan yang dicadangkan untuk diberi kepada bangsa asing.

Katanya, selepas kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan kepada, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, pihaknya telah membuat resolusi dan cadangan pembangunan alternatif baharu dan telah dipersetujui.

"Projek itu telah bermula sejak kerajaan diterajui BN dan berterusan sehingga kepada perubahan kerajaan negeri yang baru dibawa kerajaan Pas.

“Isu perobohan Pasar Payang telah lama, ia bermula sejak kerajaan BN lagi. Cuma projek itu tertangguh dan akhirnya kerajaan pusat dah luluskan peruntukan untuk projek pembinaan semula Pasar Payang dan penempatan sementara peniaga,” katanya.