53 duit syiling emas zaman Rom dijumpai dalam laut

Seorang penyelam amatur menemui lapan duit syiling emas di dalam laut di luar pantai bandar Xabia pada bulan lalu. - Foto Universiti Alicante
Seorang penyelam amatur menemui lapan duit syiling emas di dalam laut di luar pantai bandar Xabia pada bulan lalu. - Foto Universiti Alicante
A
A
A

MADRID - Sebanyak lapan duit syiling emas era Rom ditemui oleh seorang penyelam amatur ketika sedang bercuti di luar pantai bandar Xabia, Sepanyol, baru-baru ini.

Pada mulanya penyelam itu, Luis Lens dan Cesar Gimeno melakukan kerja-kerja pembersihan di dalam laut di Javea, tenggara wilayah Alicante pada bulan lalu.

Lens terlebih dahulu menemui duit emas itu selepas melihat pantulan cahaya terang dari sebuah lubang kecil di kawasan tersebut.

Ketika melihat pantulan cahaya yang terang itu, dia mulanya menyangka ia hanyalah pantulan dari barangan logam.

Namun, pantulan cahaya itu kelihatan lagi menyebabkannya kembali ke kawasan tersebut dan percaya ia adalah dari duit syiling atau barangan kemas yang hilang.

Lelaki itu kemudian membawanya ke permukaan laut dan kemudian mendapati ia adalah barangan bersejarah.

Lens dan Gimeno kemudian membawa lapan duit syiling emas itu ke Dewan Majlis Perbandaran Javea.

Ia menyebabkan penglibatan sebuah pasukan pencari yang diiktiraf pihak majlis perbandaran itu dan ahli-ahli arkeologi Universiti Alicante dan sebuah pasukan pengawal awam untuk menubuhkan projek arkeologi di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Pasukan itu yang mendapat kerjasama majlis perbandaran tersebut menemui 34 lagi duit syiling emas dan dihantar Muzium Arkeologi Xabia.

Tidak lama kemudian pasukan pencarian yang disertai oleh pakar-pakar telah menemui 11 lagi duit syiling emas.

Ia menjadikan sebanyak 53 duit syiling emas ditemui dan dihantar ke muzium.

Duit-duit syiling itu digunakan pada zaman pemerintahan Maharaja Rom Valentinian 1, Valentinian 11, Theodosius I, Arcadian, Honorius dan satu duit syiling emas yang tidak dikenal pasti.

Duit syiling emas itu dipercayai disembunyikan di dalam laut daripada para penceroboh yang ganas kira-kira 1,500 tahun lalu.

Walaupun berada di dalam laut sejak abad keempat atau awal kelima lagi, duit-duit syiling itu berada dalam keadaan sempurna. - Agensi