Siap sedia hadapi fenomena air pasang besar

Bencana banjir akibat fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Klang tidak lama lagi.
Bencana banjir akibat fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Klang tidak lama lagi.
A
A
A

KLANG - Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) Majlis Perbandaran Klang dalam persediaan 24 jam bagi menghadapi bencana banjir akibat fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pasukan itu juga akan bertindak bagi memberi bantuan awal sekiranya berlaku situasi kecemasan.

Katanya, MPK telah mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan yang kerap mengalami bencana banjir bagi membantu mangsa dalam aspek keselamatan dan logistik," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Ahmad Fadzli turut memaklumkan pihaknya giat melaksanakan kerja-kerja pembersihan parit membabitkan lapan kawasan di daerah itu sebagai persediaan berlaku kemungkinan itu.

Tambah beliau, jabatan penguatkuasa MPK turut memantau lokasi hotspot yang sering berlaku banjir menerusi Unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) MPK.

"Segala aduan berkaitan bencana boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Pejabat Penguatkuasa di talian 03-3701095 untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: