X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Lagak 'Superman Geng RXZ' undang padah

Aksi Superman yang dikesan dilakukan penunggang motosikal terbabit di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Lagak geng motosikal Yamaha RXZ melakukan aksi Superman di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, dekat sini pada Rabu mengundang padah selepas ditahan polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Ops Samseng Jalanan yang dilakukan sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman kira-kira jam 11.50 malam itu mengesan tujuh lelaki dengan aksi Superman dan zig-zag bersaing sesama sendiri

"Kesemua penunggang berusia 21 hingga 34 tahun itu ditahan di lokasi berasingan sekitar daerah Kajang dan menyita kesemua motosikal mereka iaitu enam Yamaha RXZ dan satu Yamaha Y15ZR," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Nadzri berkata, siasatan mendapati kumpulan penunggang itu dalam perjalanan pulang selepas singgah di sebuah restoran roti John di Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun katanya, dalam perjalanan pulang itu, geng terbabit dikesan melakukan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Tegas beliau, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!