Polis belum terima laporan kes pelajar jual gambar bogel

Ashari Abu Samah
Ashari Abu Samah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Daerah Wangsa Maju belum menerima laporan berhubung dakwaan dua pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa melibatkan diri dalam kes menjual gambar bogel gadis bawah umur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes tersebut.

"Setakat ini, kami belum terima apa-apa laporan berkaitan kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, sebuah portal melaporkan sekolah berkenaan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan dua pelajarnya terbabit dalam penjualan gambar bogel gadis bawah umur.

Pada Selasa, tular di Twitter berhubung dakwaan dua pelajar lelaki itu meraih wang ribuan ringgit dengan menjual gambar bogel dalam platform sembang berkumpulan.

Pengguna laman sosial itu turut mendakwa seorang daripada pelajar itu mengakui menyebarkan gambar gadis bawah umur dengan menyiarkan video 'pengakuan' berdurasi satu minit 54 saat.

Artikel Berkaitan: