JAS patahkan aktiviti proses sisa elektrik, elektronik haram

JAS Selangor berjaya mematahkan aktiviti pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram di sebuah premis di Klang.
JAS Selangor berjaya mematahkan aktiviti pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram di sebuah premis di Klang.
A
A
A

KLANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyerbu sebuah premis yang memproses sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram di kawasan perindustrian Sungai Puloh, di sini pada Selasa.

JAS dalam satu hantaran pada Rabu memaklumkan, hasil risikan pihaknya sejak Ahad lalu berjaya menemukan sekitar 200 beg besar yang mengandungi pelbagai jenis buangan elektrik dan elektronik.

Antara yang ditemui ialah papan litar bercetak dan kabel wayar kuprum yang dikategorikan sebagai SW 110 dan SW 422, masing-masingnya di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang diletakkan di dalam dan di luar premis.

Menurut hantaran tersebut, mereka turut menemui beberapa pekerja warga asing sedang meleraikan komponen-komponen elektronik secara manual dan sebuah mesin penghancur.

Sekitar 200 beg besar yang mengandungi pelbagai jenis buangan elektrik dan elektronik diletakkan di dalam dan luar premis.
Sekitar 200 beg besar yang mengandungi pelbagai jenis buangan elektrik dan elektronik diletakkan di dalam dan luar premis.

“Siasatan awal pihak JAS turut mengesyaki buangan-buangan tersebut diimport dari luar negara tanpa sebarang kelulusan.

“Tindakan serta-merta iaitu menahan operasi kelengkapan proses bagi menghentikan pencemaran telah diambil di bawah peruntukan Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, JAS Selangor berkata, sebuah kertas siasatan turut dibuka untuk tindakan pendakwaan di bawah Seksyen 34B Seksyen 19 dan Seksyen 18(1) akta yang sama.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, sebarang pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual ke dalam atau ke luar Malaysia perlu mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

JAS Selangor turut memaklumkan bahawa operasi pada Selasa itu merupakan kejayaan terbesar pihaknya pada tahun ini dalam mematahkan aktiviti pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik secara haram apabila lebih daripada 200 tan buangan tersebut berjaya ditemui.

Tindakan serta-merta iaitu menahan operasi kelengkapan proses bagi menghentikan pencemaran telah diambil di bawah peruntukan Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan serta-merta iaitu menahan operasi kelengkapan proses bagi menghentikan pencemaran telah diambil di bawah peruntukan Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.