Dana jutaan ringgit: Rameli, Zaidy, kerani Pas tiba di SPRM

Zaidy( kiri) tiba bersama- sama Mohd Khoirul (berbaju hijau) di Ibu Pejabat SPRM pagi ini.
Zaidy( kiri) tiba bersama- sama Mohd Khoirul (berbaju hijau) di Ibu Pejabat SPRM pagi ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi KTMB, Datuk Rameli Musa tiba di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung pemberian dana RM90 juta kepada parti itu dan pembayaran RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Beliau yang tiba jam 9.55 pagi menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam terus ke lobi suruhanjaya itu.

Selain Mohd Rameli, bekas Exco Selangor, Dr Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Selayang dan seorang kerani pejabat parti itu, Mohd Khoirul Anuar Mat Zuki juga tiba di Ibu Pejabat SPRM, lima minit kemudian.

Pada 24 Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum ini.

SPRM sebelum ini dalam satu kenyataannya mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas dakwaan penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Susulan itu beberapa individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Jumaat lalu, Clare mengesahkan menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di luar mahkamah pada bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL