Penduduk gempar fenomena ikan bilis penuhi kawasan pantai

SATU fenomena dipercayai melanda bahagian Selatan pantai di Jogjakarta, baru-baru ini mendapat liputan meluas dalam media tempatan Indonesia.
Kejadian itu mula tular setelah dimuat naik di laman Instagram Dinas Kelautan dan Perikanan pada Selasa.
Dalam video yang segera tersebar dalam pelbagai saluran media sosial itu menunjukkan sekumpulan penduduk tempatan yang menggunakan jaring, sauk dan pelbagai perkakasan lain untuk menangkap ribuan ikan bilis bersaiz besar berkenaan.
Turut kedengaran penduduk tempatan berkata: “Ini di lagun selatan, tak perlu jauh-jauh... Teri (ikan bilis), bro...'
Ramai penduduk berdekatan pantai mengambil kesempatan itu untuk menangkap ikan bilis yang banyak terperangkap di sudut batu pantai dan di gigi air.
Sementara itu, ramai yang menganggap fenomena yang jarang terjadi itu suatu bentuk rezeki untuk dibawa pulang ke rumah, ada juga yang bimbang sekiranya ia merupakan petanda awal tentang kemungkinan bencana alam yang datang dari laut.
Agensi Dislautkan menyifatkan terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis di kawasan perairan berkenaan berperilaku pelik iaitu: perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga dan plankton serta arus dan gelombang yang tinggi, lapor portal suara.com - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Seorang maut, 13 cedera dalam insiden rempuhan di majlis perkahwinan pempengaruh TikTok
01 November 2026 10:10pmRakyat Israel desak Netanyahu disingkir
01 November 2026 04:03pmHubungan Indonesia-Singapura kembali tegang
01 November 2026 03:58pmRasuah punca kehancuran negara – Prabowo
01 November 2026 03:14pm'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am- Iklan -- Iklan -
