PGA rampas rokok seludup bernilai RM380,885

Seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah premis menyimpan rokok seludup di Johor Jaya. - Foto PGA
Seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah premis menyimpan rokok seludup di Johor Jaya. - Foto PGA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dan penjualan rokok seludup bernilai RM380,885 susulan penahanan seorang lelaki di sebuah premis di Johor Jaya pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, suspek berusia 35 tahun itu dipercayai menjadikan premis tersebut sebagai stor penyimpanan sementara rokok seludup sebelum diedarkan untuk pasaran di sekitar daerah ini.

"Turut dirampas sebuah kereta yang digunakan sindiket terbabit, wang tunai berjumlah RM330 dan dua telefon bimbit dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk rokok tanpa cukai pelbagai jenama sebanyak RM380,885.

"Sindiket ini juga dipercayai sudah beroperasi sejak setahun lalu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Dimin berkata, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: