X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Beli nasi berlauk gulai ayam tapi dapat asam keping

Plastik kecil gulai berisi lapan hirisan asam keping dibeli di sebuah gerai di Kota Bharu pada Isnin. - Foto Sinar Harian
A
A

KOTA BHARU - Seorang pekerja swasta terkejut bercampur geram apabila sebungkus nasi berlauk gulai ayam yang dibeli di sebuah gerai makan untuk sarapan pagi di sini didapati hanya berisi lauk lapan hirisan asam keping.

Mohd Firdaus Shamsudin, 36, berkata, dia membeli dua bungkus nasi gulai ayam dan sebungkus laksam dengan harga RM9 pada jam 8.45 pagi, Isnin.

Katanya, satu bungkus nasi dimakan oleh anak kedua manakala satu bungkus lagi dimakan oleh isteri yang pada mulanya menyangkakan asam keping itu adalah hirisan daging.

“Nasi yang dimakan oleh anak, elok berisi seketul paha ayam gulai namun nasi yang dimakan isteri didapati hanya berisikan lauk lapan hirisan asam keping.

“Saya membeli nasi tersebut yang sudah siap-siap dibungkus dan diletakkan oleh peniaga lain di gerai peniaga tersebut yang ditandakan lauk ‘gulai ayam’ dan bukannya ‘asam keping’,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, walaupun berasa geram namun isteri tetap menghabiskan nasi tersebut bersama kuah tanpa isi ayam dan memaafkan peniaga itu selain mendoakannya dimurahkan rezeki.

“Memang rasa geram tetapi kita tidak pasti peniaga itu perasan atau tidak ataupun tidak sengaja tertukar ayam atau daging dengan asam keping.

“Kami faham keadaan sekarang serba-serbi mahal, harga ayam pun meningkat tetapi peniaga seharusnya bersifat jujur dan seandainya disengajakan perkara sebegini tidak patut berlaku,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!