X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Kurang dalami agama punca moral umat Islam runtuh

Hussamuddin
A
A

SHAH ALAM - Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub menyifatkan moral masyarakat di Malaysia terutama umat Islam semakin mereput kerana gejala rasuah yang berleluasa.

Pengerusi Media Kumpulan Karangkraf itu mengakui antara sebab rasuah dan pelbagai gejala negatif yang berlaku dalam masyarakat kerana kurangnya memahami agama.

“Rupanya ada lompong iaitu orang Islam tidak faham agama mereka sendiri. Mereka tidak mendalami al-Quran. Ada yang faham tapi tidak amalkan sebab itu kita mulakan gerakan baca, faham, amal al-Quran melalui Ummah Mengaji, Quran Hour, Quran Time.

“Tapi bila kita buat, rupanya ramai yang berminat ke arah ini cuma tiada panduan jelas. Kita buat program ini kerana mereka perlu tambah ilmu bukan untuk terus bergantung kepada ustaz dan guru sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Khas: Keluarga Malaysia yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail pada Sabtu.

Turut menjadi panelis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Pembina Yayasan Peradaban Islam dan AQL Islamic Center, Bachtiar Nasir.

Mengulas lanjut katanya, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak memahami agama mengikut al-Quran dan Sunnah.

“Kita berharap setiap keluarga dapat putuskan rantaian penyakit memberi dan terima rasuah dalam ekosistem kita.

“Saya yakin, kalau kita ajarkan anak-anak dengan betul iaitu faham dan amalkan al-Quran, antibodi mereka mampu melawan godaan penawaran rasuah ini.

“Kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Ini tanggungjawab ayah. Pastikan negara bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa dengan memastikan anak-anak tidak terima dan beri rasuah,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!