X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

Zamri Yaakob dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas

Zamri Yaakob
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengumumkan pemilihan Datuk Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas berkuat kuasa 13 September susulan peletakan jawatan pengerusi sebelum ini, Dr Anis Mahmud.

Nafas berkata, pemilihan itu dilakukan melalui proses pengundian semua AJP yang dikendalikan sepenuhnya Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu.

“Zamri berdaftar sebagai ahli peladang sejak tahun 1985. Beliau yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan peladang aktif serta telah memegang pelbagai jawatan di dalam pelbagai peringkat pertubuhan peladang.

“Antaranya jawatan yang disandang oleh beliau adalah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pulau Tawar sejak 1996, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang sejak 2001 seterusnya dipilih menjadi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang pada 2020,” kata Nafas dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujar Nafas, Zamri meraih Anugerah Peladang Jaya di peringkat Kebangsaan dan negeri Pahang pada tahun 2002 sepanjang penglibatan beliau.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Nasional Berhad (NARSCO) Berhad sejak 2012 sehingga kini, Pengerusi NARSCO Travel Tours Sdn Bhd (2013–kini) dan Ahli Pihak Berkuasa RISDA (2016–kini).

Selain itu, Zamri berkhidmat sebagai Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri Pahang sejak tahun 2014 sehingga kini, Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (1998–kini) serta Lembaga Pengarah RISDA Fleet Sdn Bhd (2014 - kini).

“Kami percaya pengalaman luas beliau dalam bidang pertanian serta pengurusan pertubuhan peladang serta koperasi berasaskan pertanian mampu membawa transformasi kepada pergerakan pertubuhan peladang seluruh negara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!