TV Pforzheim hilang khidmat Bonzer dua bulan

Dari kiri, Alif, Amin dan Samuel yang menggalas cabaran TV Pforzheim pada saingan Divisyen Satu Ragbi Bundesliga Jerman.
Dari kiri, Alif, Amin dan Samuel yang menggalas cabaran TV Pforzheim pada saingan Divisyen Satu Ragbi Bundesliga Jerman.
A
A
A

PEMAIN ragbi kebangsaan, Amin Jamaluddin terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika mewakili TV Pforzheim menentang SC Frankfurt dalam aksi Divisyen Satu Ragbi Bundesliga.

Amin atau lebih dikenali Bonzer merupakan tiga tonggak dalam kalangan tiga pemain ragbi negara selain Alif Ikhmal dan Samuel Rentap yang beraksi di saingan liga ragbi Jerman.

Ketiga-tiga pemain negara beraksi cemerlang sebelum Amin mengalami kecederaan yang menyaksikan beliau terpaksa direhatkan selama dua bulan.

Pemain kelahiran Perlis tersebut dijadualkan menjalani pembedahan pada Rabu depan.

Tempang tanpa ketiadaan Amin berbaki perlawanan menyaksikan TV Pforzheim terpaksa akur kehebatan SC Frankfurt apabila tewas 21-45.

Untuk rekod, pada perlawanan pertama sebelum ini ketiga-tiga pemain negara tersebut membantu TV Pforzheim bangkit ketinggalan 0-13 untuk membenam Luxembourg RC, 26-29.

Artikel Berkaitan: