X

Kindly register in order to view this article
!

Dua penduduk pengsan akibat bau busuk bahan kimia

Jentera bomba dikejarkan ke Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Johor Bahru pada malam Selasa berikutan bau busuk disyaki bahan kimia.
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Dua penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong di sini dilaporkan pengsan selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia dari sungai berhampiran kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam Selasa itu, dua wanita terbabit berusia 20-an dan 40-an dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Johor, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 malam.

Beliau berkata, seramai 24 pegawai dan anggota dengan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Larkin dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Hasil ujian awal, bomba mengesyaki tumpahan itu adalah bahan buangan kimia berjadual metil alkohol dengan kepekatan sebanyak 120 ppm.

"Bomba mengarahkan rumah dalam lingkungan 150 meter dari sungai itu segera dikosongkan bagi mengelakkan insiden tidak diingini," katanya di sini pada Rabu.

Menurut beliau, pengawasan dan pengawalan masih berjalan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan udara di kampung itu serta kawasan sekitarnya.

"Pengesanan dengan menggunakan kaedah menyusuri sungai turut dilakukan bagi mengetahui punca sebenar tumpahan kimia berkenaan," jelas beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!