Gempa bumi berukuran 5.9 landa perairan Jepun

Gempa bumi berukuran 5.9 landa perairan Jepun
Gempa bumi berukuran 5.9 landa perairan Jepun
A
A
A

TOKYO - Gempa bumi berkekuatan 5.9 pada skala Richter melanda perairan timur Jepun, Laut Filipina pada Selasa, lapor Sputnik.

Pusat gempa terletak 230 kilometer (143 batu) tenggara bandar Shingu dengan kedalaman 376 kilometer (233 batu), menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sementara itu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan gegaran turut dirasai di Minato, Tokyo.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan buat masa ini.

Gempa bumi terburuk pernah melanda Jepun pada 2011 dengan kekuatan 9.0 pada skala Richter, sehingga mencetuskan tsunami serta mengakibatkan bencana nuklear Fukushima Daiichi yang mengorbankan 19,749 orang manakala 6,242 cedera dan 2,556 lagi dilaporkan hilang. - Bernama

Artikel Berkaitan: