Remaja dicekup ketika lerai komponen motosikal curi

Mohd Zani (tengah) menunjukkan rangka motosikal yang dirampas susulan tertangkapnya dua remaja lelaki.
Mohd Zani (tengah) menunjukkan rangka motosikal yang dirampas susulan tertangkapnya dua remaja lelaki.
A
A
A

PETALING JAYA - 'Keasyikan' dua remaja lelaki meleraikan komponen motosikal curi dikejutkan dengan serbuan polis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, serbuan kira-kira jam 4.30 petang, 23 Februari lalu di belakang sekolah agama di Kampung Lindungan, Petaling Jaya berjaya memberkas suspek.

Menurutnya, semakan mendapati suspek berusia 16 dan 17 tahun dan tidak bersekolah.

"Serbuan ini kemudian membawa penemuan 15 rangka motosikal jenis Honda dan Yamaha Lagenda serta sebuah motosikal jenis Honda EX5.

"Turut dirampas adalah bekas besi berisi pelbagai alatan membuka komponen motosikal," katanya dalam sidang media di Balai Polis Sungai Way, di sini, hari ini.

Rangka motosikal yang dirampas.
Rangka motosikal yang dirampas.

Beliau berkata, dipercayai suspek ini telah aktif melakukan jenayah curi motosikal sejak tahun lalu.

Malah, semakan turut mendapati salah seorang suspek ini memiliki rekod jenayah dan dadah. Polis juga percaya suspek ini terbabit dalam enam kes di Sungai Way dan masing-masing satu kes di Jinjang serta Subang Jaya.

Artikel Berkaitan:

"Soal siasat juga mendapati komponen motosikal yang dilerai ini akan dijual kepada rakan mereka selain diguna sendiri. Polis juga masih giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan saki-baki suspek lain," katanya.

Tambah Mohd Zani, suspek kini masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.