RMK-12: KKM sasar tambah katil hospital

KKM akan melakukan peningkatan katil hospital dengan menyasarkan nisbah katil hospital untuk 1,000 penduduk pada kadar 2.08 pada akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). (Gambar hiasan) - Foto 123rf
KKM akan melakukan peningkatan katil hospital dengan menyasarkan nisbah katil hospital untuk 1,000 penduduk pada kadar 2.08 pada akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan peningkatan katil hospital dengan menyasarkan nisbah katil hospital untuk 1,000 penduduk pada kadar 2.08 pada akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, KKM akan meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada.

“Pada tahun 2020 iaitu tahun akhir RMK-11, nisbah yang tercapai adalah 2.01 iaitu bilangan katil telah meningkat daripada 55,952 katil pada tahun 2016 kepada 65,508 katil pada tahun 2020.

“Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, KKM meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada,”katanya pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam yang ingin mengetahui sasaran KKM dalam mencapai tahap penyediaan katil hospital yang lebih tinggi.

Khairy menambah, tumpuan sasaran berkenaan diberikan kepada kawasan iaitu hospital sedia ada mempunyai kadar penggunaan katil (bed occupancy rate - BOR) yang tinggi.

“Faktor lain yang turut diambil kira adalah kepadatan penduduk, akses kepada perkhidmatan di hospital sedia ada dan peruntukan kewangan kerajaan,”katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, selain meningkatkan bilangan katil di hospital dan fasiliti KKM, kementeriannya juga menggunakan pendekatan untuk mengoptimumkan bilangan katil sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pendekatan dibuat menerusi perkhidmatan-perkidmatan rawatan harian (day care treatment services) di hospital-hospital utama bagi mengurangkan keperluan terhadap katil pesakit dalam.

“Selain itu, menerusi pelaksanaan program hospital kluster perkhidmatan kepakaran dikembangkan ke hospital tanpa pakar yang mencatat kadar penggunaan katil rendah,”katanya.