DoJ rampas duit RM300j milik Jho Low

DoJ rampas duit RM300j milik Jho Low
DoJ rampas duit RM300j milik Jho Low
A
A
A
KUALA LUMPUR - Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) akan merampas RM300 juta (AS$73 juta) milik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut laporan Astro Awani, DoJ berbuat demikian melalui saman sivil di Mahkamah Daerah Columbia (DC).

Pihak kehakiman mendakwa wang RM300 juta ini dicuri oleh Jho Low dari 1MDB.

DoJ akan merampas RM155 juta (AS$37.5 juta) dari sebuah akaun di Morgan Stanley di bawah nama Anicorn LLC.

Satu lagi akaun yang akan dirampas adalah sebanyak RM88 juta (AS$21 juta) dari sebuah akaun di Wells Fargo di bawah nama Artemus Group LLC.

Terdapa dua akaun Citibank di bawah nama Higginbotham yang turut akan dirampas, satu akan mempunyai baki sebanyak RM105 juta (AS$25 juta) dan satu lagi RM46 juta (AS$11 juta).

Menurut DoJ, kesemua akaun di atas berkaitan lansung dengan Jho Low.

Tuduhan yang dikenakan oleh DoJ terhadap Jho Low adalah menipu institusi kewangan AS dan mengubah wang haram (money laundering) daripada dana yang dikawal oleh Jho Low.

Sebelum ini, Jho Low telah didakwa di Mahkamah New York atas tuduhan mencuri wang 1MDB. Beliau masih belum dihadapkan ke muka keadilan sehingga kini.
Artikel Berkaitan:


Pengumuman rampasan AS$300 juta ini dibuat oleh Penolong Peguam Negara Brian A. Benczkowski dari Divisyen Jenayah Jabatan Keadilan, Penolong Pengarah Penjaga William F. Sweeney Jr. dari FBI New York Field Office, dan Agen Khas yang Bertugas Keith A. Bonanno dari Jabatan Pejabat Hakim Negara Inspektor (DoJ-OIG) Pejabat Penyiasatan Siber.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib benarkan DOJ ambil tindakan terhadap Jho Low ]