Penjawat awam terlibat nahas di Jeli positif dadah

Ahmad Arifin
Ahmad Arifin
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penjawat awam lelaki yang memandu kereta jenis Honda Civic berwarna putih terbabit dalam kemalangan tragis mengorbankan nyawa dua penunggang motosikal di Jeli pada Jumaat lalu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, keputusan diperoleh berdasarkan ujian saringan urin yang dijalankan terhadap pembantu perubatan di Lojing, Gua Musang yang berusia 31 tahun itu.

“Lelaki tersebut ditangkap pada hari sama kemalangan berlaku dan dikenakan perintah tahanan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Reman terhadap suspek berkuat kuasa bermula Sabtu sehingga Isnin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, pada Ahad.

Ujar beliau, semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan dua kes pergaduhan dan dua kes memiliki dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua penunggang motosikal yang berkonvoi ke Kuala Krai maut dalam kemalangan di Wakaf Zink, Jeli selepas berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U.

Kejadian berlaku pada jam 11.11 pagi mengorbankan seorang remaja berusia 17 dan lelaki berusia 31 tahun di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi penunggang motosikal berusia 17 tahun yang turut terbabit dalam kemalangan itu mengalami cedera parah.