X

Kindly register in order to view this article
!

'Ekzos motor bising ayah yang pasang'

Antara yang ditahan kerana menggunakan ekzos bising
A
A

KUALA LUMPUR - Motor ini ayah punya, ekzos bising ini ayah yang pasang dan dia tidak benarkan tukar. Itu antara alasan remaja yang ditahan ketika disoal anggota polis semasa Ops Motosikal di Jalan Tun Razak di sini pada malam Sabtu.

Rata-rata remaja lelaki berusia belasan tahun dan awal 20-an yang ditahan dalam operasi jam 9 malam itu mengaku meminjam 'motor bapa' untuk berseronok bersama rakan-rakan.

Kebanyakan mereka didapati melakukan kesalahan mengubahsuai motosikal serta tiada lesen memandu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi dijalankan bertujuan mencegah kegiatan samseng jalanan.

"Kesalahan yang paling banyak dikesan malam ini adalah ekzos bising. Kita juga fokus untuk mengesan pemandu mabuk dan pelumba haram.

"Operasi di Jalan Tun Razak ini khususnya adalah untuk menghalang motosikal yang bising ini daripada mengganggu kawasan sekitar terutamanya kawasan hospital," katanya kepada pemberita ketika ditemui awal pagi Ahad.

Sarifudin berkata, selain Jalan Tun Razak pihaknya turut menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Bangsar menghala ke ibu negara.

"Dua motosikal disita di Bangsar dan 23 motosikal di Jalan Tun Razak. Sebanyak 298 saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dalam operasi malam ini.

Menurutnya, seramai dua lelaki tempatan ditahan di dua lokasi berasingan masing-masing di atas kesalahan memiliki lesen palsu dan memandu di bawah pengaruh bahan terlarang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!