Seludup daun ketum guna bas persiaran

Daun ketum yang disembunyikan dalam beg pakaian dan diletakkan di ruang simpanan barang dalam bas terbabit.
Daun ketum yang disembunyikan dalam beg pakaian dan diletakkan di ruang simpanan barang dalam bas terbabit.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Dua pemandu bas termasuk seorang wanita ditahan kerana membawa muatan daun ketum dan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM15,000 pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, lelaki berusia 46 tahun dan wanita 37 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam ketika melalui Jalan Badlishah, Sungai Petani untuk ke Kuantan, Pahang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui lapan beg pakaian berisi 606 plastik lutsinar mengandungi daun ketum yang diletakkan di ruang simpanan barang.

"Pemeriksaan fizikal ke atas lelaki itu turut menjumpai beg silang mengandungi dua peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 1.6 gram dan satu peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 14 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Anuar berkata, ketika ditahan bas persiaran itu dipercayai dari Alor Setar tanpa penumpang, namun dikatakan singgah sebentar di Sungai Petani untuk mengambil penumpang.

"Kesemua daun ketum, dadah dan bas terbabit dirampas bagi membantu siasatan.

"Ujian air kencing turut dijalankan ke atas suspek, namun negatif dadah serta tiada rekod lampau," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: