Polis rampas 150 karton rokok seludup

Nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk kereta jenis Toyota Camry dalam serbuan di Kampung Taman Repek, Rantau Panjang pada Jumaat dianggarkan berjumlah RM17,500.
Nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk kereta jenis Toyota Camry dalam serbuan di Kampung Taman Repek, Rantau Panjang pada Jumaat dianggarkan berjumlah RM17,500.
A
A
A

PASIR MAS - Polis merampas 150 karton rokok seludup bernilai RM7,500 yang disembunyikan di dalam bonet kereta di Kampung Taman Repek, di sini pada Jumaat.

Serbuan pada jam 11 pagi itu turut membawa kepada penangkapan dua lelaki berusia 56 dan 38 tahun bagi membantu siasatan berkait dengan rampasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk kereta jenis Toyota Camry dianggarkan berjumlah RM17,500.

"Hasil soal siasat awal, suspek yang berusia 38 tahun mengaku kesemua rokok-rokok itu adalah miliknya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurutnya, suspek itu mengakui rokok putih tersebut dibeli daripada seorang lelaki warga Thailand di pangkalan haram Simpangan, Tumpat bagi pasaran kawasan Pasir Mas.

Katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Mohd Nasaruddin berkata, bagaimanapun rakan suspek berusia 58 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian saringan dadah.

"Siasatan lanjut akan terus dilakukan dan kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: